QASIDAH BUAT MUHAMMAD S.A.W

Perawat Islam, Da'wah Kemana Yaaaa?????

sering aku berkata kepada pesakit -psakit yang datang ke unit kecemasan Hospital Pasir Putih ini, "Sabar ya makcik, sakit ni kifarat dosa...."
"Dok cekak sabo awe" balas mak cik tu...."Mak cik kene belajar untuk bersabar jugak makcik, Rasullah dan para sahabat kalau dia sakit pada waktu tu dia akan mohon keampunan ALLAH lebih dari segalanya......jawapan yang sama tetap akan aku terima.Seorang pesakit datang dengan kesakitan yang kecil Ac.Gatritis terus terang dia berkata, "Ohhhh tuhe (Tuhan) bakpo mu bagi aku jadi gini....owh tuhe(tuhan) bakpo!!" Bosan mendengar keluhan yang ntah kemana. Boring, bosan aku berhadapan dengan keadaan yang remeh seperti ini tapi dalam keremahan ini ianya mampu menggugat akidah pesakit kita. Kemana tanggungjawab kita??/Dimana letaknya iman dan takwa kita dalam membela islam dalam hati dan diri pesakit kita?? bangunlah saudaraku dari tidur yang lena, buka mata buka minda, selain dari mencoret transkripsi ubat tidak salah jika kita turut ingatkan mereka mengenai ALLAH,Kesimpulannya DA'WAH. Ingin sekali penulis berkongsi mengenai penulisan yang di tulis oleh Prof Dr Haron Din mengenai perawatan secara islam. Apa yang penulis dapat simpulkan melalui pemulisan yang dibuat, selain dari merawat fizikal pesakit yang paling utama ialah merawat agama ataupun roh pesakit itu sendiri. Jika roh dapat di rawat sekaligus jasad juga dapat di rawat dirawat, bagi penulis itulah dia hakikat perawatan atau pengubatan secara islam. Hal ini turut di utarakan oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam beberapa penulisan beliau di dalam beberapa majalah ( maaf tak ingat majalah mana dan tajuk penulisannya). Terlampau banyak lubang da'wah yang tidak diintai oleh kebanyakkan perawat-perawat muslim kini terutamanya kita yang masih lagi sebagai seorang pelatih, jika benar ingin kita bangunkan da'wah islam dalam diri dan tugasan harian kita sebsgai perawat apa salahnya jika kita mulakan dulu dengan diri kita iatu melengkapkan diri dengan ilmu perubatan dan agama. Ada sesetengah penda'wah hanya mementingkan tugasan da'wah dan agama tetapi tiadk mementingkan ilmu akademik yang asalnya itulah tujuan utamanya. Saya sangat suka ,memetik penulisan Ustaz Hasrizal dalam majalah Solusi isu ke-16 yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan penda'wah kini terutamanya di kalangan mahasiswa universiti tidak terlepas juga di institusi swasta tidak mementingkan hal akademik dengan alasan hilangnya mood untuk belajar.Ustaz Hasrizal menulis"Errr, pesakit diabetes ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya? doktor muda berteka-teki di dalam dirinya, akibat kemalasannya dalam kursus induksi, belajar dan kemudiannya bekerja secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang di tentukan oleh Allah hanya pada kadar 6 hingga 10 unit. Akibatnya pesakit tersebut mati mengejut akibat hypoglysemia" Ustaz Hasrizal juga menulis, "Ke mana anda mahu membawa da'wah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama" ayat ini cukup untuk membuatkan telingan penulis sendiri terasa panas hati tersa tercuit dengan sikap dan kelalian yang sering di lakukan. Bukan sahaja fenomena ini yang berlaku tetapi terdapat juga fenomena di mana pelajar yang menolak da'wah dan terus menolak akademik. Keadaan ini menyebabkan hilangnya nilai ummah islam, pelajar islam di kalangan masyarakat bukan islam. Penulis sering kali melihat dan menjadi mangsa keadaan, clarking yang di buat jarang di sudahkan sehingga selesai adakalnya misdiagnosis bosan berhadapan dengan keadaan sebegitu tapi apakan daya teman menjadi penyebab penulis merelakan dari menyapu apa yang ditabur dengan tidak sempurna. Paling di takuti sekiranya ia berlaku di hadapan orang yang bukan beragama islam. Sudah tentu ianya kan menjadi bualan danm kutukan tidak mustahil menjadi contoh buruk di kalangan anak-anak mereka.Hamid Arshat ada menggariskan mengenai etika yang sepatutnya bagis eorang perawat muslim, antaranya ialah :
1.Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.
2.Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan di samping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.
3.Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang-undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin “controversial” dan boleh mengancam hak asasi manusia.
4.Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek-aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat.
5.Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung.
6.Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarkan kepada semua.
Tidak susah untuk mengajak kebaikkan tidak susah juga mengajak kepada kejahatan, tidak susah untuk memurtadkan seseorang dengan hanya ujian yang kecil nikmat dunia yang sementera tetapi susah sekali ingin mempertahankan akidah yang terbina di dalam diri. Iman manusia senipis kulit bawang apakah mustahil untuk menjadikan ia setebal bawang. Iman manusia sering turun dan naik tetapi apakah mustahil untuk menjadikan iman manusia sentaiasa menaik.....fikirkan....apakah bukti sumbangan kita kepada islam yang ingin dipersembahkan di hadapan Rabbuljalil di hari perhitungan nanti????

Muhammad Peribadi Agung Sebenar

Muhammad S.A.W merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia kini. Walupun telah 1400 tahun pemergian baginda menghadap Rabbul Jalalah, namanya, sunnahnya terus menjadi amalan dan pujian ummah sedunia, tidak kiralah samada ianya seorang muslim atau bukan muslim. Apakah kita sebagai seorang muslim tidak mahu mengenali pemikiran sarjana barat dan orientalis mengenai insan kamil, Muhammad S.A.W ini? Melalui penulisan ini, ingin sekali penulis membawa pembaca sekalian sama-sama menilai betapa agungnya leluhur baginda nabi.
1.Encyclopedia Britanica; “Muhammad adalah personaliti agama dan rasul yang paling berjaya dalam sejarah manusia”
2.Lamartine, Histore de la Turquie, Paris, 1854, Vol 11 halaman 276-2727 : “ Pengasa kepada empayar yang begitu liuas dari sebuah empayar kerohanian, itulah Muhammad. Memenuhi ciri-ciri kehebatan seorang manusia seperti yang kita semua mahukan, dan kita munhgkin boleh bertanya, wujudkah seorang manusia lain yang lebih hebat daripada dirinya?
3.George Bernand Shaw : “ Kalau ada seorang lelaki sepertri Muhammad yang bleh menggunakan kuasanya kepada dunia moden ini, pasti segala masalah akan dapat di selesaikan seterusnya membawa keamanan dan kegembiraan seperti yang di impikan.
4.Michael H.Hart, The 100 : Ranking of The Most Influential Persons In History, New York:1978 halaman 33 : Tindakkan saya memilih Muhammad sebagai pendahulu individu-individu yang paling berpengaruh di dunia ini mungkin mengejutkan sebahagian pembaca dan mungkin di persoalkan oleh sebahagian yang lain, tetapi memang ternyata bahawa daialah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya dari segi agama dan sekular .
5.George Bernand Shaw, The Genuine Islam, Vol 1, No 81936 : Saya telah mengkaji tentang dirinya- manusia yang hebat itu- dan pada pandangan saya selain bukan sekali-kali anti kristian. Muhammad juga perlu di beri gelaran sebagai penyelamat kemanusiaan. Saya meramalkan agama yang di bawa oleh Muhammad akan di terima oleh masyarakat eropah kerana ternyata ia telah di terima pada hari ini.
6.John Austin, Muhammad The Prophet Of Allah, dalam T.P.’s and Cassel Weekly, 24 september 1927 : Dalam tempoh lebih setahun sahaja, dia telah menjadi pemimpin rohani, ketua negara di Madinah dan tangannya itu telah menggoncang dunia.
7.John William Drapper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe,London 1857, Vol 1, halaman 329-330: Empat tahun selepaskematian Justanian pada 569 masihi, telah lahir di Mekah adalam masyarakat arab seorang lelaki yang paling berpengaruh kepada seluruh ummat manusia.....Muhammad...
8.Profesor Jules Masserman: Manusia seperti Pastuer dan Salk adalam pemimpin dalam satu kategori, Manusia seperti Gandhi dan Confucious, dalam kategori yang lain, manakala Alexander, Caeser dan Hitler mempunyai ciri kedua kumpulan tadi. Jesus dan Buddha pula dalam pemimpin satu kumpulan lain. Tetapi pemimpin yabg paling ulung dalam sejarah manusia adalah Muhammad, yang memiliki kesemua ciri dan fungsi tadi. Musa berada tahap yang di bawah sedikit dari Muhammad.
Lihatlah betapa agungnya leluhur yang di bawa oleh baginda nabi sehinggakan orang bukan islam menjadikan baginda sebagai contoh tauladan yang utama. Bagaimana pula dengan kita selaku ummahnya?

Coretan Malam Hari Dai', PPP dan Muhibbin

Calrking dah settel, patient under observation period, wahhhh letih rasanya tubuh ni...Teringat aku kepada satu petikkan yang aku baca....
"Apakah kita sudah bersedia untuk menjawab, apakah sumbangan kita dalam menyebar da'wah islam???"
Terkesima aku seketika......Bagaimana dengan profesion ku ini...apakah mampu???
hatiku terus membentak suara...halus....telingaku sahaja yang mendengar....
"Antara suka dan tak suka terpaksalah di sukakan. Sudah dinamakan berkerja untuk agama, tidak semestinya berda'wah dengan pena mahupun lidah, menguntai kata dari petikkan hadis dan quran, di lilit dengan ilmu mantiq, di suntik masuk dengan wajah dan keyakinan. Bagi aku inilah jalan yang aku mampu..."
Bisik hati kecil ini. Jauh di sudut hati teringin benar rasanya ingin menjadi seperti penda'wah yang lain. Tapi atas dasar lemahnya pengetahuan aku tak mengapalah aku tunaikan sekadar yang termampu. Hari ini, aku berhadapan dengan ramainya pesakit. Berbagai rupa, pelbagai ragam, mencetus kemarahan sudah tentu....menyuntik rasa insaf pun sudah tentu ada tapi sedikit jumlahnya, yang turut membantu kita menjalankan tugas pun ada tapi yelahhhh manusia yang pelbagai rupa hati. Senyum....senyum itulah yang aku paksa pada otot wajahku agar terus membenih pahala di sisi allah, bersedekah yang paling ringan, terus menguntai nasihat:
"sabar....semuanya ini dugaan ALLAH kifarat dosa yang lalu, terus berdoa mohon di sembuh, ubat tidak menyembuh tapi agen pengurang dengan izin ALLAH,"
Itulah nasihat yang aku beri sambil mukaku terus menguntum senyum, aku terus memohon kepada tuhan di dalam hati,
"Ya ALLAH ganjarkan aku dengan redha dan syfaat Rasullah, jauhkan aku dari sifat riak dan takabbur"
takut aku, takut di beri balasan neraka kerana secebis api kesombongan di dalam hati...takut di ganjar dengan pukulan zabaniah sekiranya tercetuc percikkan ketidak ikhalasan dalam berkerja dan amalan....
"Curahan air mata, titisannya mampu memadamkan api neraka, itulah sabda Rasullah"
kata guruku, Syekhuna Abu Aswad menguatkan lagi semanagat ku....
"Ya Allah izinkan aku untuk terus berkhidmat demi Islam Dan Ummahnya walau pelbagai rintangan dan mujahadah yang terpakasa di tempuhi"

Pesan guruku Syekhuna Abu Aswad:
Kehidupan bukanlah sekadar apa yang di pandang tetapi ia adalah rasa yang mencerna jiwa. Fahamilah bahasa hati kerana itulah akal budi. Setiap keinginan menuntut perjuangan apatah lagi jika rindu cinta tuhan...Bertanyalah!!! apakah mujahadah yang telah kita sediakan untuk mencapai cinta tuhan??
(5/1/10, 1055am)

NOTIS!!!

PADA MINGGU HADAPAN SATU ARTIKEL PERUBATAN AKAN DI KELUARKAN IATU MENGENAI SIHIR DAN PERAWATN SECARA ISLAM DAN PANDANGANNYA DARI SUDUT PSYCHIATRIC.....nantikan bersama.........

Ana Akhukum Fillah

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Cinta Ilmu Balasnya Syurga, Cinta Allah Balasnya Pahala, Cinta Rasul Balasnya Syfaat, Cinta Manusia...... Cinta Ibu Bapa Balasnya Bahagia,

Tazkirah

Hati adalah gumpalan daging yang tidak di ketahui hakikatnya...tapi ia adalah tempat berputiknya kasih di lembah ukhwah, berbunganya sayang, berbaja prihatin, Berbuahnya kebaikkan dan kerinduan. Di petik dengan utusan sms...sebagai pengubatnya.....Rawatlah dengan tablet iman jika sakit, antibiotik muhasabah jika di infeksi bacteria hasad dan virus kejahatan jika di hydrasi berikan infusion dinn, jika di cemari lakukan irrigation dengan salaine taubat.....