QASIDAH BUAT MUHAMMAD S.A.W

Perawat Islam, Da'wah Kemana Yaaaa?????

sering aku berkata kepada pesakit -psakit yang datang ke unit kecemasan Hospital Pasir Putih ini, "Sabar ya makcik, sakit ni kifarat dosa...."
"Dok cekak sabo awe" balas mak cik tu...."Mak cik kene belajar untuk bersabar jugak makcik, Rasullah dan para sahabat kalau dia sakit pada waktu tu dia akan mohon keampunan ALLAH lebih dari segalanya......jawapan yang sama tetap akan aku terima.Seorang pesakit datang dengan kesakitan yang kecil Ac.Gatritis terus terang dia berkata, "Ohhhh tuhe (Tuhan) bakpo mu bagi aku jadi gini....owh tuhe(tuhan) bakpo!!" Bosan mendengar keluhan yang ntah kemana. Boring, bosan aku berhadapan dengan keadaan yang remeh seperti ini tapi dalam keremahan ini ianya mampu menggugat akidah pesakit kita. Kemana tanggungjawab kita??/Dimana letaknya iman dan takwa kita dalam membela islam dalam hati dan diri pesakit kita?? bangunlah saudaraku dari tidur yang lena, buka mata buka minda, selain dari mencoret transkripsi ubat tidak salah jika kita turut ingatkan mereka mengenai ALLAH,Kesimpulannya DA'WAH. Ingin sekali penulis berkongsi mengenai penulisan yang di tulis oleh Prof Dr Haron Din mengenai perawatan secara islam. Apa yang penulis dapat simpulkan melalui pemulisan yang dibuat, selain dari merawat fizikal pesakit yang paling utama ialah merawat agama ataupun roh pesakit itu sendiri. Jika roh dapat di rawat sekaligus jasad juga dapat di rawat dirawat, bagi penulis itulah dia hakikat perawatan atau pengubatan secara islam. Hal ini turut di utarakan oleh Dr Danial Zainal Abidin dalam beberapa penulisan beliau di dalam beberapa majalah ( maaf tak ingat majalah mana dan tajuk penulisannya). Terlampau banyak lubang da'wah yang tidak diintai oleh kebanyakkan perawat-perawat muslim kini terutamanya kita yang masih lagi sebagai seorang pelatih, jika benar ingin kita bangunkan da'wah islam dalam diri dan tugasan harian kita sebsgai perawat apa salahnya jika kita mulakan dulu dengan diri kita iatu melengkapkan diri dengan ilmu perubatan dan agama. Ada sesetengah penda'wah hanya mementingkan tugasan da'wah dan agama tetapi tiadk mementingkan ilmu akademik yang asalnya itulah tujuan utamanya. Saya sangat suka ,memetik penulisan Ustaz Hasrizal dalam majalah Solusi isu ke-16 yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan penda'wah kini terutamanya di kalangan mahasiswa universiti tidak terlepas juga di institusi swasta tidak mementingkan hal akademik dengan alasan hilangnya mood untuk belajar.Ustaz Hasrizal menulis"Errr, pesakit diabetes ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya? doktor muda berteka-teki di dalam dirinya, akibat kemalasannya dalam kursus induksi, belajar dan kemudiannya bekerja secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang di tentukan oleh Allah hanya pada kadar 6 hingga 10 unit. Akibatnya pesakit tersebut mati mengejut akibat hypoglysemia" Ustaz Hasrizal juga menulis, "Ke mana anda mahu membawa da'wah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama" ayat ini cukup untuk membuatkan telingan penulis sendiri terasa panas hati tersa tercuit dengan sikap dan kelalian yang sering di lakukan. Bukan sahaja fenomena ini yang berlaku tetapi terdapat juga fenomena di mana pelajar yang menolak da'wah dan terus menolak akademik. Keadaan ini menyebabkan hilangnya nilai ummah islam, pelajar islam di kalangan masyarakat bukan islam. Penulis sering kali melihat dan menjadi mangsa keadaan, clarking yang di buat jarang di sudahkan sehingga selesai adakalnya misdiagnosis bosan berhadapan dengan keadaan sebegitu tapi apakan daya teman menjadi penyebab penulis merelakan dari menyapu apa yang ditabur dengan tidak sempurna. Paling di takuti sekiranya ia berlaku di hadapan orang yang bukan beragama islam. Sudah tentu ianya kan menjadi bualan danm kutukan tidak mustahil menjadi contoh buruk di kalangan anak-anak mereka.Hamid Arshat ada menggariskan mengenai etika yang sepatutnya bagis eorang perawat muslim, antaranya ialah :
1.Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.
2.Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan di samping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.
3.Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang-undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin “controversial” dan boleh mengancam hak asasi manusia.
4.Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek-aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat.
5.Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung.
6.Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarkan kepada semua.
Tidak susah untuk mengajak kebaikkan tidak susah juga mengajak kepada kejahatan, tidak susah untuk memurtadkan seseorang dengan hanya ujian yang kecil nikmat dunia yang sementera tetapi susah sekali ingin mempertahankan akidah yang terbina di dalam diri. Iman manusia senipis kulit bawang apakah mustahil untuk menjadikan ia setebal bawang. Iman manusia sering turun dan naik tetapi apakah mustahil untuk menjadikan iman manusia sentaiasa menaik.....fikirkan....apakah bukti sumbangan kita kepada islam yang ingin dipersembahkan di hadapan Rabbuljalil di hari perhitungan nanti????

Muhammad Peribadi Agung Sebenar

Muhammad S.A.W merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia kini. Walupun telah 1400 tahun pemergian baginda menghadap Rabbul Jalalah, namanya, sunnahnya terus menjadi amalan dan pujian ummah sedunia, tidak kiralah samada ianya seorang muslim atau bukan muslim. Apakah kita sebagai seorang muslim tidak mahu mengenali pemikiran sarjana barat dan orientalis mengenai insan kamil, Muhammad S.A.W ini? Melalui penulisan ini, ingin sekali penulis membawa pembaca sekalian sama-sama menilai betapa agungnya leluhur baginda nabi.
1.Encyclopedia Britanica; “Muhammad adalah personaliti agama dan rasul yang paling berjaya dalam sejarah manusia”
2.Lamartine, Histore de la Turquie, Paris, 1854, Vol 11 halaman 276-2727 : “ Pengasa kepada empayar yang begitu liuas dari sebuah empayar kerohanian, itulah Muhammad. Memenuhi ciri-ciri kehebatan seorang manusia seperti yang kita semua mahukan, dan kita munhgkin boleh bertanya, wujudkah seorang manusia lain yang lebih hebat daripada dirinya?
3.George Bernand Shaw : “ Kalau ada seorang lelaki sepertri Muhammad yang bleh menggunakan kuasanya kepada dunia moden ini, pasti segala masalah akan dapat di selesaikan seterusnya membawa keamanan dan kegembiraan seperti yang di impikan.
4.Michael H.Hart, The 100 : Ranking of The Most Influential Persons In History, New York:1978 halaman 33 : Tindakkan saya memilih Muhammad sebagai pendahulu individu-individu yang paling berpengaruh di dunia ini mungkin mengejutkan sebahagian pembaca dan mungkin di persoalkan oleh sebahagian yang lain, tetapi memang ternyata bahawa daialah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya dari segi agama dan sekular .
5.George Bernand Shaw, The Genuine Islam, Vol 1, No 81936 : Saya telah mengkaji tentang dirinya- manusia yang hebat itu- dan pada pandangan saya selain bukan sekali-kali anti kristian. Muhammad juga perlu di beri gelaran sebagai penyelamat kemanusiaan. Saya meramalkan agama yang di bawa oleh Muhammad akan di terima oleh masyarakat eropah kerana ternyata ia telah di terima pada hari ini.
6.John Austin, Muhammad The Prophet Of Allah, dalam T.P.’s and Cassel Weekly, 24 september 1927 : Dalam tempoh lebih setahun sahaja, dia telah menjadi pemimpin rohani, ketua negara di Madinah dan tangannya itu telah menggoncang dunia.
7.John William Drapper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe,London 1857, Vol 1, halaman 329-330: Empat tahun selepaskematian Justanian pada 569 masihi, telah lahir di Mekah adalam masyarakat arab seorang lelaki yang paling berpengaruh kepada seluruh ummat manusia.....Muhammad...
8.Profesor Jules Masserman: Manusia seperti Pastuer dan Salk adalam pemimpin dalam satu kategori, Manusia seperti Gandhi dan Confucious, dalam kategori yang lain, manakala Alexander, Caeser dan Hitler mempunyai ciri kedua kumpulan tadi. Jesus dan Buddha pula dalam pemimpin satu kumpulan lain. Tetapi pemimpin yabg paling ulung dalam sejarah manusia adalah Muhammad, yang memiliki kesemua ciri dan fungsi tadi. Musa berada tahap yang di bawah sedikit dari Muhammad.
Lihatlah betapa agungnya leluhur yang di bawa oleh baginda nabi sehinggakan orang bukan islam menjadikan baginda sebagai contoh tauladan yang utama. Bagaimana pula dengan kita selaku ummahnya?

Coretan Malam Hari Dai', PPP dan Muhibbin

Calrking dah settel, patient under observation period, wahhhh letih rasanya tubuh ni...Teringat aku kepada satu petikkan yang aku baca....
"Apakah kita sudah bersedia untuk menjawab, apakah sumbangan kita dalam menyebar da'wah islam???"
Terkesima aku seketika......Bagaimana dengan profesion ku ini...apakah mampu???
hatiku terus membentak suara...halus....telingaku sahaja yang mendengar....
"Antara suka dan tak suka terpaksalah di sukakan. Sudah dinamakan berkerja untuk agama, tidak semestinya berda'wah dengan pena mahupun lidah, menguntai kata dari petikkan hadis dan quran, di lilit dengan ilmu mantiq, di suntik masuk dengan wajah dan keyakinan. Bagi aku inilah jalan yang aku mampu..."
Bisik hati kecil ini. Jauh di sudut hati teringin benar rasanya ingin menjadi seperti penda'wah yang lain. Tapi atas dasar lemahnya pengetahuan aku tak mengapalah aku tunaikan sekadar yang termampu. Hari ini, aku berhadapan dengan ramainya pesakit. Berbagai rupa, pelbagai ragam, mencetus kemarahan sudah tentu....menyuntik rasa insaf pun sudah tentu ada tapi sedikit jumlahnya, yang turut membantu kita menjalankan tugas pun ada tapi yelahhhh manusia yang pelbagai rupa hati. Senyum....senyum itulah yang aku paksa pada otot wajahku agar terus membenih pahala di sisi allah, bersedekah yang paling ringan, terus menguntai nasihat:
"sabar....semuanya ini dugaan ALLAH kifarat dosa yang lalu, terus berdoa mohon di sembuh, ubat tidak menyembuh tapi agen pengurang dengan izin ALLAH,"
Itulah nasihat yang aku beri sambil mukaku terus menguntum senyum, aku terus memohon kepada tuhan di dalam hati,
"Ya ALLAH ganjarkan aku dengan redha dan syfaat Rasullah, jauhkan aku dari sifat riak dan takabbur"
takut aku, takut di beri balasan neraka kerana secebis api kesombongan di dalam hati...takut di ganjar dengan pukulan zabaniah sekiranya tercetuc percikkan ketidak ikhalasan dalam berkerja dan amalan....
"Curahan air mata, titisannya mampu memadamkan api neraka, itulah sabda Rasullah"
kata guruku, Syekhuna Abu Aswad menguatkan lagi semanagat ku....
"Ya Allah izinkan aku untuk terus berkhidmat demi Islam Dan Ummahnya walau pelbagai rintangan dan mujahadah yang terpakasa di tempuhi"

Pesan guruku Syekhuna Abu Aswad:
Kehidupan bukanlah sekadar apa yang di pandang tetapi ia adalah rasa yang mencerna jiwa. Fahamilah bahasa hati kerana itulah akal budi. Setiap keinginan menuntut perjuangan apatah lagi jika rindu cinta tuhan...Bertanyalah!!! apakah mujahadah yang telah kita sediakan untuk mencapai cinta tuhan??
(5/1/10, 1055am)

Buat Kekasih Hati...Rasullah S.A.W.

Sabda Rasullah S.A.W melalui lidah-Nya yang mulia :

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Hari ini tanggal satu muharram, teringat aku kepada perkara yang telah di lalui oleh Rasullah. Perkara yang telah di perjuangkan oleh kekasih hatiku ini. Semakin menebal rasa rinduku kepadanya, semakin menebal rasa rindu ku untuk berada di sampingnya, semaikn rindu aku untuk mencium kakinya. semakin rindu, semakin rindu dan yerus hati ini merindu. Aku terfikir, betapa beruntungnya mereka yang tergolong di dalam ahli keluarganya, seunjuran dengan keturunannya. Sabda Rasullah :

Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’

Oh Tuhan Yang Maha Agung, beruntungnya mereka untuk terus berada di sisi Rasullah sedangkan kami ini terus merindu. Apabla aku terus melirik mata, membaca satu persatu hadis mengenai kemulain habaib (melalui laman pondok habaib), tertacap mataku kepada stu hadis yang diriwayatkan oleh baginda Rasullah:

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat.

Aku memuhasabah diriku ini, adakah kecintaan aku ini cukup untuk mengangkat darjatku kesisi Rasullah? Oh tuhan, berilah aku petunjuk-Mu yang agung itu.Sabda Rasullah di dalam bab kecintaan kepada-nya:

At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

SabdA Rasullah lagi:

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah Hadeeth :” Empat golongan yang akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi keperluan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat diperlukan, dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya.”

Ya Allah sebak rasa hati ini, apakah kedudukan aku kini, apakah memenuhi apa yang di letakkan oleh Rasullah di dalam hadisnya ini? Ya Allah. Ampunilah dosa dan kesilapan ku. Tiadalah cinta di hatiku ini melainkan cinta kepada Rasullah dan Ahli Bait-Nya. Tiadalah cinta yang aku harapkan balasan syafaat melainkan cinta Rasullah dan Ahli Bait-Nya.

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al Banna


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalan dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih saying.
10.Kewajiban-kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Pemakanan Halal dan Sains

Firman Allah di dalam surah Al Fusshilat ayat 53 :

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Alhamdulillah setinggi kesyukuran di sembah kepada Allah, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu yang menjadikan setiap sesuatu yang diciptakan di langit dan di bumi dengan penuh hikmah yang tersembunyi dan pengajaran untuk menjadikan kita berfikir.Melalui kalamnya yang maha mulia, melakui lidah pesuruhnya yang dirindui lagi di kasihi, peringatan di berikan buat mereka yang berfikir dan mengangkat saksi bahawa allah adalah tuhan mereka, Rasullah adalah nabi mereka.Ini kerana segala kekuasaan yang dimiliki oleh Allah mencakupi segala hal, hatta pengurniaan akal kepada kita juga adalah kekuasaan Allah yang mendidik hambanya agar terus memikirkan segala kekuasaan milik-Nya agar kita selaku hamba yang lemah lagi dhaif ini berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan mengukuhkan benteng keimanan yang semakin goyah di landa mehnah dan dugaan dari musuh-musuh Allah yang sentiasa berusaha menutup kekuasaan Allah dengan fakta sains yang palsu semata dari mereka.
Selawat dan salam buat kekasih hati, yang dirindui Rasullah SAW, kekasih yang menjanjikan cinta yang kekal abadi, kekasih yang menjanjikan pertolongan yang pasti, kekasih yang senantiasa menjadi ikutan dan di tanggisi ketiadaanya di seluruh dunia ini.Buat ahli keluarga baginda yang mana mengalirnya keberkatan yang pasti dari baginda Rasullah.Ahli keluarga yang bila di muliakan sudah pasti mendapat keredhaan dari Allah dan Rasul. Ahli keluarga yang mana bila di tolong dan di bantu akan mendatangkan kesenangan di dunia dan di akhirat.Buat para sahabat baginda nabi yang mulia yang menyebarkan isalam kepada kami.Tanpa mereka usaha meraka dan azam mereka atas dasar kecintaan yang tinggi dan keinginan sayhid amak ajaran islam tersu tersebar sehingga kini sehingga kami kini mengenali siapakah nabi kami, siapakah tuhan kami, yang manakah yang di perintahkan oleh Allah dan yang manakah yang di larang oleh Rasullah.Sesungguhnya tanpa mereka juga siapalajh kami ini.
Rasullah SAW, melaluyi lafaznya yang mulia dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah melalui wahyu pernah bersabda di dalam sepotong hadis baginda yang mulia, brenar lagi sahih matannya yang bermaksud
“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah yang selayaknya”
Sabda kekasihku ini juga turut di sokong oleh Allah melalui beberapa firmannya yang mulia iatau :

Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(Al-Baqarah 172)

pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka
(Surah Al-Maidah 5)

Berdasarkan dalil yang ternyata seperti di atas pengambilan makanan yang halal lagi baik adalah satu keperluan yang sangat penting bagi membina satu jisim tubuh yang baik dan membolehkan kita melakukan ibadah kita selaku hamba ALLAH dengan cara yang terbaik.Huraian ini dapat di huraikan dengan pemahaman berdasarkan sains dan teknology kini.
Makanan akan mula diserap ke dalam salur darah melalui beberapa bahagian yang terdapat pada dinding usus itu sendiri.Bahagian pertama yang akan melakukan proses penyerapan ini ialah microvilius.Microvilus ini merupakan penyerap yanghalus dan akan membawa nutrient makanan yang di serap tadi ke kapilary etwork iatu rangkian salur darah halus yang mengelilingi lacteal (merupakan satu salur lymphatic yang akan menyerap lemak yang telah di cerna)
Pengangkutan nutrient ini juga lazimnya melalui 2 jenis proses yang sangat kompleks iatu Diffusion dan active transport.Diffusion ialah penyerapan yang berlaku kepada kumpulan monosacharides amino acid, fatty acid dan glycerol dimana ianya di serap dengan kadar konsterasi yang sangat rendah dan diserap melalui enterocyte yang terdapat pada lumen intestinal.Active transport pula ialah penyerapan nutrient seperti monosacharides, amino acids, fatty acis dan glycerol yang di serap secara aktif (menggunakan tenaga) melalui vilus dan ini merupakan penyrapan yang paling pantas berlaku.Disicharides, dipeptidides dan tripeptidide juga diserap melalui proses ini.
Perlu diingat bahawa pengangkutan protein ke dalam salur darah adakalanya tidak di ubah bentuk asalnya atau dengan kata nama lain tidak di cerna seperti kewujudan antibodies di dalam susu ibu dan vaccines mulut seperti poliomyelitis vaccines.Nutrients lain seperti vitamine, garam mineral dan air turut di serap melalui usus kecil ini terus kedalam salur darah.Fat soluble vitamine akan di serap kedalam lacteals bersama dengan fatty acid dan glycerol.

Bagaimana daripada nutrient yang di serap di bawa kedalam sel?

Lazimnya selepas makanan ini di serap masuk kedalam salur darah, ianya akan bergerak ke bahagian tubuh yang memerlukan sumber tersebut seperti kulit, otot, mata dan lain- lain lagi.Oleh itu ketika ini peruses pemindahan bahan daripada luar akan masuk ke dalam sel, bentuknya akan di ubah dan menghasilkan sesuatu yang baru ( seperti protein) untuk di gunakan oleh bahagian tubuh tersebut.

Pemindahan masuk makanan ini akan melalui 3 proses iatu
1. Passive transport : bahan memasuki sel melalui dinding plasma organel dan bergerak dengan kadar kepekatan yang rendah tanpa menggunakan tenaga Terdapat 3 jenis cara yang di gunakan iatu osmosis, Diffusion dan Facilitated diffuson
2. Active transport : Pengangkutan bahan melalui dinding sel organel dengan kepekatan yang tinggi dan menggunakan tenaga ATP, dan memasuki sel melalui Protien pembawa.Ia juga di kenali sebagai sodium pump.
3. Bulk Transport : Pengambilan bahan dengan cara penelanan oleh plasma membrane dan akan di proses oleh Lysosomes dan bahan cernaan akan di buang semula.

Selepas bahan – bahan ini di angkut kedalam sel maka aia akan berhadapan pula dengan organ dalaman sel itu sendiri yang lebih di kenali sebagai organel.Organel- organel ini akan bertindak sebagai bahagian yang akan menukarkan bentuk bahan yang di bawa masuk kedalam sel tadi untuk keperluan aorgan tubuh dan keperluan sel itu sendiri.Antara organel yang tedapat di dalam sel ialah:

1. Nukleus : Merupakan satu asas dalam satu sel.Merupakan bahagian yang mengawal semua aktiviti dalaman di dalam sel. Di dalam nucleus ini juga terdapat chromosome yang juga merupakan asas yang menyimpan genetic manusia. Sekiranya berlaku rencatan pada genetic chromosome maka ia akan mengundang kecacatan pada rantian DNA dan ini akan menyebabkan kecacatan kepada manusia yang mengalami masalah ini.
2. Mitochondria : Merupakan janakuasa asas pada aktiviti sel.Ini juga bertindak dengan cara respirasi anaerobic.Respirasi anaerobic ini akan membantu pembentukan tenaga kimia daripada ADP + P kepada ATP.
3. Ribosomes : Merupakan granules yang nipis yang mengandungi RNA dan protein. Sintesis protein ini berlaku daripada amino asid mengunakan RNA.
4. Endoplasmic Reticulum : Merupakan bahagian yang bertindak untuk sintesis lipid dan hormone steroid dan juga terlibat dalam detoksifikasi dadah
5. Golgi Aparatus : Jasad yang mberperanan dalam kerja ‘membungkus’ protein sebelum ianya keluar daripada sel itu sendiri.
6. Lysosomes: Bahagian yang bertindak untuk menukarkan asid amino kepada lysosome
7. Membrane plasma.:Dinding sel yang terdiri daripada lapisan dwi lipid.Juga memainkan peranan dalam memisahkan cecair entrasel dan extrasel.

Apakah bukti makanan yang diambil akan membentuk darah daging kita?
1. Perlu diingat aturan pembentukan tubuh mausia yang lenkap bermula dari sel.Pembentukannya adalah sperti berikut :

Sel ----------- Tisu-------- Organ ---------Tubuh----------- Manusia

2. Nutrient yang di serap melalui salur darah akan bergerak ke bahagian yang memerlukan nutrient tersebut.Apabila nutrient seperti lemak , vitamin ADEK, proteins, dan monosacharides ( iatu satu bentuk gula) ia akan memasuki sel melalui membrane sel ini.Apabila ianya sudah berada didalam sel, bahan- bahan iniakan mula di proses oleh mitokondria dimana mitokondria akan menukarkan bahan tadi kepada tenaga ATP yang juga merupakan sumber tenaga kimia yang berperanan dalam menggerakkan segala aktiviti kimia dalaman tubuh
3. Selain dari itu di dalam membrane plasma juga terdapat bahan asas protein itu asid amino dimana ianya akan di tukarkan kepada protein.Proses ini berlaku berdasarkan turutan di bawah :

1.Sel memerlukan protein RNA akan mengambil maklumat pada DNA Bergerak ke lysosome 2.Lysosome mengambil asid amino di dalam membrane plasma TUKAR membentuk rantaian asid amino yang di kenali sebagai protein.
3. Memenuhi keperluan sel.
4. Lemak yang di serap masuk kedalam sel akan membentuk lapisan dwi lipid iatu lapisan yang mengawal kemasukan bahan luar sel ke dalam sel.Selain dari itu protein ini juga akan menjadi protein pembawa iatu bahagian yang membawa bahan yang berkonsterasi tinggi ke dalam sel.
5. Bahan – bahan yang di serap di ambil ini akan mejadi bahan- bahan asas dalam proses pembentukan darah.Seperti yang kita tahu, Pluripotent stem cell ialah cell asas yang menjadi bahagian yang mebentuk darah ini.Dan berdasarkan maklumat di atas sel ini memerlukan protein dan bahan bahan lain untuk menggerakkan aktiviti sel.Melalui pluripotent stem cell ini terdapat 5 perkara akan terbentuk iatu proerythroblast, megakaryoblast, myeloblast, monoblast dan lymphoblast. Melalui kelima- lima bahan inilah sel darah yang terdapat di dalam tubuh manusia akan terbentuk.Sebagai contoh yang mudah untuk menampakkan rasionalnya arahan yang di keluarkan oleh Allah dan apa yang di sabdakan oleh baginda nabi Muhamad SAW. Folic Acid dan Vitamin B 12 diambil melalui diet iron juga di perolehi melalui diet yang di ambil. Kedua dua bahan ini akan di ambil oleh proerythroblast dan di jadikan sebagai asas dalam pembentukan sel darah merah. Sel darah yang matang mengandungi unsur - unsur yang di ambil melalui bahan yang di serap semasa pembentukannya.Apabila sel darah ini mengalami proses kematangan maka ianya akan di pecahkan dan ianya akan terpecah kepada dua jenis bahagian iatu iron dan bilirubin.Kedua bahan ini akan terhasil di hati kerana sel darah merah ini juga di lisiskan di hati.Akhirnya ianya akan di singkirkan melalui urine.
6. Bahan yang di serap melalui proses pencernaan ini juga akan bertindak sebagai pengganti kepada bahagian tubuh yang mengalami kerosakkan dan kecederaan.Contoh yang paling mudah, bahagian yang mengakami kecederaan dan menyebabkan kerosakkan tisu, bahan dalaman darah dan yang ada pada tisu kulit akan memankan peranan.Mudah di fahami berdasarkan carta alir di bawah.
(1)Kecederaan dan berlaku pendarahan

(2)Darah akan beku secara serta merta dengan bantuan platlet yang terdapat di dalam darah

(3)Inflamasi awal berlaku dimana terdapat hiperaemia senderhana dan polymorph

(4)Aktiviti makrofaj akan membentuk perkembangan dan pembesaran epithelium

(5)Luka akan menjadi kurang ketat dan penutupan epithelium yang lengkap.

Proses- proses ini akan berlaku dengan kehadiran protein dan factor pembeku yang ada pada tisu kulit.Segalanya berasaskan protein yang di ambil melalui det yang diambil oleh seseorang.
Sekiranya seseorang mengambil makanan dari sumber yang haram dan mengambil makanan yang haram, sudah tentu zat yang akan di serap adalah zat yang haram dan zat tersebut pula akan di cernakan dan di gunakan oleh sel dan bukankah ianya sudah membentuk ‘institusi’ yang bersumber haram.Sel yang haram akan membentuk tisu yang haram, tisu yang haram akan membentuk organ yang haram, organ yang haram akan membentuk tubuh yang haram.Adakah sumber makanan yang diambil itu, zatnya specific kepada organ tertentu? Sidah pasti tidak jawapannya.Ianya akan tersebar sehinggalah kedalam darah kita.Wahai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, berfikirlah dengan menggunakan akal yang waras.Ingatlah kutukan yang di berikan olah Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 175 :

mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

Cinta...tiga segi, empat segi pentagon....




Kadang kadang saya suke melihat kengkawan saya ber'sms'....
"B, dah makan ke blum?"
"dah, ayang pulak dah makan ke blum..."

adakalanya

“Kalau I jadi bulan you nak jadi pe?”

“I jadi bintang, boleh berdamping dengan you selalu”

“Kalau I jadi bunga you nak jadi ape?”

“I jadi larrr kumbang”

Saye pulak menyampuk…..

“Bagi aku, baik sorang jadi mangkuk jamban soang jadi tahi….tiap hari jumpa, tiap hari berkepit, mane taknye dah masuk tangki taik, bleh jumpe tiap hari…..berkepit sokmo, yelah taik to tercalik kat mangkuk…jangan di basuh……”


Aduh berbulu mata meilhat...blum kawin lagi, kalau dah kawin tak tau ar...tapi itulah HEBATNYA CINTA....BUTA...PEKAK....LAGI BISU.... yelah kalau ber'sms' pekak telinga dari dengar perlian mulut orang lain...buta dari melihat buku dan al-quran buta nak pandang ke depan tengah bawak moto dan banyak lagi. Bisu untuk berkata dengan orang lain hanya kerana khusyuk dan hudu' terhadap AWEK .....hahahaha itulah CINTAN MONYET.
Pernah suatu malam saye berbual dengan kawan aku sorang nihhh kat bilik, sambil bantu kawan saye yang lain memahami tentang fungsi CVP.
"Bang, antara kawan nagn makwe sape yang paling penting?"
"Tentulah kawan, awek tu tempat kedua ..."
"Kalau kawan tepon pada mase abang ngah gayut ngan awek nak jawab ke idak?"
"Ermmmmmmmmm...........................”

“contoh suatu hari kawan abang merajuk ngn abang sebab berase hati ngan sikap abang, pade mase yang sama awek abang pun merajuk jugak jadi siapa yang akan abng pujuk dahulu?”

“Taktaulah Mi, rasenye pujuk kawan dulu pastu baru pujuk awek lak’”

“Kenape ade RASE pulak, kalau betul kawan tu tempat die yang utama, kenape tak pujuk kawan dulu….”

Senyap kawan aku sorang nihhh…..pertanyaan di teruskan………

“Sebab pea bang ber’couple’?”

“Tah larrrr tengok orang couple, nak jugak couple, nak melengkapkan kekosongan hati….

Senyap terus sahabta saye yang sorang nih… ape pun terima kasih kerana bantu saye…..

Dengan kawan saye yang lain pule kami pernah ber'discus'
"Mi, pandangan aku dalam isu couple ni, haram tau...bende yang haram mane bleh ubah....haram tetap haram"
Lantas terus saye bertanye padanye,
"Dah tu kau sanggup tak nak tinggal awek kau kat KL tu?"
"Alamak tu payah ar Mi......."
aku ketawa malam tu nak pecah perut....tapi kesimpulanya RAMAI DAH TAU COUPLE ni HARAM tapi nak buat macam ni HALAL kan jugak ar walaupun takde cop HALAL dari ALLAH dan RASULLAH.

Ade juge yang pernah berkata kepada saye, dengan adenye makwe disisi, die boleh membangkitkan semangat utuk BELAJR dan MENDAPAT POINTER YANG BAIK...tapi kan sepanjang saye belajar dah genap pun dua tahun (4/6/2007 - 4/6/2009) di KIST, takde pulak saye tengok orang yang bercouple ni DAPAT POINTER YANG BAIK.mungkin baik bagi die dalam lingkungan 3.0 ke2.5 je. Ntah lahhh tak tau ar manusia...Tapi JELASLAH BAGI SAYE, COUPLE tak MENDATANGKAN POINTER YANG BAIK...malah mengecewakan..Manetaknye, Bace buku atau nota, bercermin HANDSET, yelah sebab duk SMS setiap malam, ASSIGNMENT, copy n paste sebab SPENT FREE TIME JUST FOR LOVELY HEART, tah la macam - macam keadaan yang aku tengok...

“Aku bercouple ni sebagai langkah awal kearah ‘menyempurnakan agama iatu berkahwin…”

“Laaaa nak menyempurnakan agama tengok TIANG AGAMA iatu solah pun tak buat…macam mana agama kau nak sempurna……”

“Takpe RASULLAH kata tak bleh buat sume jangan tinggal sume…..”

Pulak dahhh kesitu plak dieee…. Ni namenye mempergunakan agama nih…….

____________________________________________________________________

Haaaa itulah KUASA CINTA yang BUTA, PEKAK LAGI BISU.Memuatkan seseorang itu lupe dan tak Nampak akan bayang-bayang dosa yang dilakukan olehnya. Tapi mengapa kita semua mengejar cinta yang tak sepatutnya di utamakan. Terdapat banyak cinta yang masih lagi perlu di utamakan berbanding dengan cinta terhadap awek yang tak tentu lagi bahagia. CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL tentu berbalas, CINTA IBU BAPA berbalas dengan REDHA ALLAH. CINTA SESAMA SAUDARA SEAGAMA berbalas dengan CINTA DAN KASIH RASULLAH terhadap kita. Cinta DENGAN AWEK..di balas dengan CINTA ZABANIAH DAN MALIK …berpunca KEMURKAAN ALLAH…hahahaha nak ke tak nak pilihlah sendiri.

Bagaimana suatu perkara yang buruk dan dimulakan dengan cara yang hodoh boleh membawa kepada ending yang bahagia dan di redhai oleh ALLAH??? Pelikkan!! Kita minum arak sehinggalah kita jadi peminum yang tegar, bagaiman kita ni boleh kata bebas dar sirosis hepar ataupun hepatits???? Kita kerap main dengan pelacur bagaimna kita boleh bagi jaminan bahawa kita ini bebas dari sifilis dan gonorrhea ??? …BUTE APE CINTA…..PEKAK APE CINTA…..Kita bercouple, mengundang kemurkaan ALLAH boleh jamin suatu yang bahagia???

Tapi nak buat macam mana manusia. Suke melakukan ape yang disuruh dan apa yang dialarang. Sabda Rasullah :

Rasullah telah menyatakan dalam hadis baginda

“Dari Abu Hurairah, Abdul Rahman Bin Sakhrin, Telah mendengar dari Rasullah S.A.W berkata : Ape yang aku larang keatas kalian maka tinggalkanlah, dan ape yang aku perintahkan keatas kamu lakasanakanlah dengan patuh ……………..

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semua orang tahu ahawa bercouple ni merupakan jalan-jalan yang akan membawa kita kepada zina sebab ianya adalah teknik – teknik untuk menghampiri zina.Sedangkan die tahu bahawa Forman Allah di dalam Al-Quran

Jangan kamu hampiri zina

Firman ALLAH diatas jelas menyatakan bahawa zina itu haram dan haram di hampiri dan apatah lagi untuk melakukannya.Orang yang dah bercouple ni tak terlepas dari melakukan dosa yang membangkitkan syahwatnya sendiri melakuakn dosa dalam keadaan yang tidak di sedari…..Bagaimana pula boleh timbul COUPLE SECARA ISLAM??? Pelikkan……

“Dari Abi Abdillah Nu’man in Basyir, Telah aku dengar dari Rasullah S.A.W, bersabda : Sesungguhnya telah nyata perkara yang halal dan telah nyata perkara yang haram…….”

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Terbukti kebenaran itu hakiki maka lakukan lah ape yang di perintahkan….JAUHI COUPLE maka secara automatic kita telah menututup salah satu cara untuk kita mendekati zina .Sebagai penutup :

“Dari Abu Hurairah berkata, Sabda Rasullah S.A.W: Daripada kebaikkan islam seseorang itu meninggalkan perkara yang tak berguna “

( Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan selain sepertinya)

CINTA OOOOO CINTA…..huuuuu simpang malaikat 44 tobat aku tak mau!!!!!

Kecuali

CINTA ALLAH, RASUL, IBU BAPA, KAWAN

NOTIS!!!

PADA MINGGU HADAPAN SATU ARTIKEL PERUBATAN AKAN DI KELUARKAN IATU MENGENAI SIHIR DAN PERAWATN SECARA ISLAM DAN PANDANGANNYA DARI SUDUT PSYCHIATRIC.....nantikan bersama.........

Ana Akhukum Fillah

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Cinta Ilmu Balasnya Syurga, Cinta Allah Balasnya Pahala, Cinta Rasul Balasnya Syfaat, Cinta Manusia...... Cinta Ibu Bapa Balasnya Bahagia,

Tazkirah

Hati adalah gumpalan daging yang tidak di ketahui hakikatnya...tapi ia adalah tempat berputiknya kasih di lembah ukhwah, berbunganya sayang, berbaja prihatin, Berbuahnya kebaikkan dan kerinduan. Di petik dengan utusan sms...sebagai pengubatnya.....Rawatlah dengan tablet iman jika sakit, antibiotik muhasabah jika di infeksi bacteria hasad dan virus kejahatan jika di hydrasi berikan infusion dinn, jika di cemari lakukan irrigation dengan salaine taubat.....