QASIDAH BUAT MUHAMMAD S.A.W

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al Banna


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalan dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih saying.
10.Kewajiban-kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

0 comments:

Post a Comment

NOTIS!!!

PADA MINGGU HADAPAN SATU ARTIKEL PERUBATAN AKAN DI KELUARKAN IATU MENGENAI SIHIR DAN PERAWATN SECARA ISLAM DAN PANDANGANNYA DARI SUDUT PSYCHIATRIC.....nantikan bersama.........

Ana Akhukum Fillah

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Cinta Ilmu Balasnya Syurga, Cinta Allah Balasnya Pahala, Cinta Rasul Balasnya Syfaat, Cinta Manusia...... Cinta Ibu Bapa Balasnya Bahagia,

Tazkirah

Hati adalah gumpalan daging yang tidak di ketahui hakikatnya...tapi ia adalah tempat berputiknya kasih di lembah ukhwah, berbunganya sayang, berbaja prihatin, Berbuahnya kebaikkan dan kerinduan. Di petik dengan utusan sms...sebagai pengubatnya.....Rawatlah dengan tablet iman jika sakit, antibiotik muhasabah jika di infeksi bacteria hasad dan virus kejahatan jika di hydrasi berikan infusion dinn, jika di cemari lakukan irrigation dengan salaine taubat.....