QASIDAH BUAT MUHAMMAD S.A.W

Pemakanan Halal dan Sains

Firman Allah di dalam surah Al Fusshilat ayat 53 :

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Alhamdulillah setinggi kesyukuran di sembah kepada Allah, tuhan yang maha berkuasa atas segala sesuatu yang menjadikan setiap sesuatu yang diciptakan di langit dan di bumi dengan penuh hikmah yang tersembunyi dan pengajaran untuk menjadikan kita berfikir.Melalui kalamnya yang maha mulia, melakui lidah pesuruhnya yang dirindui lagi di kasihi, peringatan di berikan buat mereka yang berfikir dan mengangkat saksi bahawa allah adalah tuhan mereka, Rasullah adalah nabi mereka.Ini kerana segala kekuasaan yang dimiliki oleh Allah mencakupi segala hal, hatta pengurniaan akal kepada kita juga adalah kekuasaan Allah yang mendidik hambanya agar terus memikirkan segala kekuasaan milik-Nya agar kita selaku hamba yang lemah lagi dhaif ini berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan mengukuhkan benteng keimanan yang semakin goyah di landa mehnah dan dugaan dari musuh-musuh Allah yang sentiasa berusaha menutup kekuasaan Allah dengan fakta sains yang palsu semata dari mereka.
Selawat dan salam buat kekasih hati, yang dirindui Rasullah SAW, kekasih yang menjanjikan cinta yang kekal abadi, kekasih yang menjanjikan pertolongan yang pasti, kekasih yang senantiasa menjadi ikutan dan di tanggisi ketiadaanya di seluruh dunia ini.Buat ahli keluarga baginda yang mana mengalirnya keberkatan yang pasti dari baginda Rasullah.Ahli keluarga yang bila di muliakan sudah pasti mendapat keredhaan dari Allah dan Rasul. Ahli keluarga yang mana bila di tolong dan di bantu akan mendatangkan kesenangan di dunia dan di akhirat.Buat para sahabat baginda nabi yang mulia yang menyebarkan isalam kepada kami.Tanpa mereka usaha meraka dan azam mereka atas dasar kecintaan yang tinggi dan keinginan sayhid amak ajaran islam tersu tersebar sehingga kini sehingga kami kini mengenali siapakah nabi kami, siapakah tuhan kami, yang manakah yang di perintahkan oleh Allah dan yang manakah yang di larang oleh Rasullah.Sesungguhnya tanpa mereka juga siapalajh kami ini.
Rasullah SAW, melaluyi lafaznya yang mulia dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah melalui wahyu pernah bersabda di dalam sepotong hadis baginda yang mulia, brenar lagi sahih matannya yang bermaksud
“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah yang selayaknya”
Sabda kekasihku ini juga turut di sokong oleh Allah melalui beberapa firmannya yang mulia iatau :

Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(Al-Baqarah 172)

pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka
(Surah Al-Maidah 5)

Berdasarkan dalil yang ternyata seperti di atas pengambilan makanan yang halal lagi baik adalah satu keperluan yang sangat penting bagi membina satu jisim tubuh yang baik dan membolehkan kita melakukan ibadah kita selaku hamba ALLAH dengan cara yang terbaik.Huraian ini dapat di huraikan dengan pemahaman berdasarkan sains dan teknology kini.
Makanan akan mula diserap ke dalam salur darah melalui beberapa bahagian yang terdapat pada dinding usus itu sendiri.Bahagian pertama yang akan melakukan proses penyerapan ini ialah microvilius.Microvilus ini merupakan penyerap yanghalus dan akan membawa nutrient makanan yang di serap tadi ke kapilary etwork iatu rangkian salur darah halus yang mengelilingi lacteal (merupakan satu salur lymphatic yang akan menyerap lemak yang telah di cerna)
Pengangkutan nutrient ini juga lazimnya melalui 2 jenis proses yang sangat kompleks iatu Diffusion dan active transport.Diffusion ialah penyerapan yang berlaku kepada kumpulan monosacharides amino acid, fatty acid dan glycerol dimana ianya di serap dengan kadar konsterasi yang sangat rendah dan diserap melalui enterocyte yang terdapat pada lumen intestinal.Active transport pula ialah penyerapan nutrient seperti monosacharides, amino acids, fatty acis dan glycerol yang di serap secara aktif (menggunakan tenaga) melalui vilus dan ini merupakan penyrapan yang paling pantas berlaku.Disicharides, dipeptidides dan tripeptidide juga diserap melalui proses ini.
Perlu diingat bahawa pengangkutan protein ke dalam salur darah adakalanya tidak di ubah bentuk asalnya atau dengan kata nama lain tidak di cerna seperti kewujudan antibodies di dalam susu ibu dan vaccines mulut seperti poliomyelitis vaccines.Nutrients lain seperti vitamine, garam mineral dan air turut di serap melalui usus kecil ini terus kedalam salur darah.Fat soluble vitamine akan di serap kedalam lacteals bersama dengan fatty acid dan glycerol.

Bagaimana daripada nutrient yang di serap di bawa kedalam sel?

Lazimnya selepas makanan ini di serap masuk kedalam salur darah, ianya akan bergerak ke bahagian tubuh yang memerlukan sumber tersebut seperti kulit, otot, mata dan lain- lain lagi.Oleh itu ketika ini peruses pemindahan bahan daripada luar akan masuk ke dalam sel, bentuknya akan di ubah dan menghasilkan sesuatu yang baru ( seperti protein) untuk di gunakan oleh bahagian tubuh tersebut.

Pemindahan masuk makanan ini akan melalui 3 proses iatu
1. Passive transport : bahan memasuki sel melalui dinding plasma organel dan bergerak dengan kadar kepekatan yang rendah tanpa menggunakan tenaga Terdapat 3 jenis cara yang di gunakan iatu osmosis, Diffusion dan Facilitated diffuson
2. Active transport : Pengangkutan bahan melalui dinding sel organel dengan kepekatan yang tinggi dan menggunakan tenaga ATP, dan memasuki sel melalui Protien pembawa.Ia juga di kenali sebagai sodium pump.
3. Bulk Transport : Pengambilan bahan dengan cara penelanan oleh plasma membrane dan akan di proses oleh Lysosomes dan bahan cernaan akan di buang semula.

Selepas bahan – bahan ini di angkut kedalam sel maka aia akan berhadapan pula dengan organ dalaman sel itu sendiri yang lebih di kenali sebagai organel.Organel- organel ini akan bertindak sebagai bahagian yang akan menukarkan bentuk bahan yang di bawa masuk kedalam sel tadi untuk keperluan aorgan tubuh dan keperluan sel itu sendiri.Antara organel yang tedapat di dalam sel ialah:

1. Nukleus : Merupakan satu asas dalam satu sel.Merupakan bahagian yang mengawal semua aktiviti dalaman di dalam sel. Di dalam nucleus ini juga terdapat chromosome yang juga merupakan asas yang menyimpan genetic manusia. Sekiranya berlaku rencatan pada genetic chromosome maka ia akan mengundang kecacatan pada rantian DNA dan ini akan menyebabkan kecacatan kepada manusia yang mengalami masalah ini.
2. Mitochondria : Merupakan janakuasa asas pada aktiviti sel.Ini juga bertindak dengan cara respirasi anaerobic.Respirasi anaerobic ini akan membantu pembentukan tenaga kimia daripada ADP + P kepada ATP.
3. Ribosomes : Merupakan granules yang nipis yang mengandungi RNA dan protein. Sintesis protein ini berlaku daripada amino asid mengunakan RNA.
4. Endoplasmic Reticulum : Merupakan bahagian yang bertindak untuk sintesis lipid dan hormone steroid dan juga terlibat dalam detoksifikasi dadah
5. Golgi Aparatus : Jasad yang mberperanan dalam kerja ‘membungkus’ protein sebelum ianya keluar daripada sel itu sendiri.
6. Lysosomes: Bahagian yang bertindak untuk menukarkan asid amino kepada lysosome
7. Membrane plasma.:Dinding sel yang terdiri daripada lapisan dwi lipid.Juga memainkan peranan dalam memisahkan cecair entrasel dan extrasel.

Apakah bukti makanan yang diambil akan membentuk darah daging kita?
1. Perlu diingat aturan pembentukan tubuh mausia yang lenkap bermula dari sel.Pembentukannya adalah sperti berikut :

Sel ----------- Tisu-------- Organ ---------Tubuh----------- Manusia

2. Nutrient yang di serap melalui salur darah akan bergerak ke bahagian yang memerlukan nutrient tersebut.Apabila nutrient seperti lemak , vitamin ADEK, proteins, dan monosacharides ( iatu satu bentuk gula) ia akan memasuki sel melalui membrane sel ini.Apabila ianya sudah berada didalam sel, bahan- bahan iniakan mula di proses oleh mitokondria dimana mitokondria akan menukarkan bahan tadi kepada tenaga ATP yang juga merupakan sumber tenaga kimia yang berperanan dalam menggerakkan segala aktiviti kimia dalaman tubuh
3. Selain dari itu di dalam membrane plasma juga terdapat bahan asas protein itu asid amino dimana ianya akan di tukarkan kepada protein.Proses ini berlaku berdasarkan turutan di bawah :

1.Sel memerlukan protein RNA akan mengambil maklumat pada DNA Bergerak ke lysosome 2.Lysosome mengambil asid amino di dalam membrane plasma TUKAR membentuk rantaian asid amino yang di kenali sebagai protein.
3. Memenuhi keperluan sel.
4. Lemak yang di serap masuk kedalam sel akan membentuk lapisan dwi lipid iatu lapisan yang mengawal kemasukan bahan luar sel ke dalam sel.Selain dari itu protein ini juga akan menjadi protein pembawa iatu bahagian yang membawa bahan yang berkonsterasi tinggi ke dalam sel.
5. Bahan – bahan yang di serap di ambil ini akan mejadi bahan- bahan asas dalam proses pembentukan darah.Seperti yang kita tahu, Pluripotent stem cell ialah cell asas yang menjadi bahagian yang mebentuk darah ini.Dan berdasarkan maklumat di atas sel ini memerlukan protein dan bahan bahan lain untuk menggerakkan aktiviti sel.Melalui pluripotent stem cell ini terdapat 5 perkara akan terbentuk iatu proerythroblast, megakaryoblast, myeloblast, monoblast dan lymphoblast. Melalui kelima- lima bahan inilah sel darah yang terdapat di dalam tubuh manusia akan terbentuk.Sebagai contoh yang mudah untuk menampakkan rasionalnya arahan yang di keluarkan oleh Allah dan apa yang di sabdakan oleh baginda nabi Muhamad SAW. Folic Acid dan Vitamin B 12 diambil melalui diet iron juga di perolehi melalui diet yang di ambil. Kedua dua bahan ini akan di ambil oleh proerythroblast dan di jadikan sebagai asas dalam pembentukan sel darah merah. Sel darah yang matang mengandungi unsur - unsur yang di ambil melalui bahan yang di serap semasa pembentukannya.Apabila sel darah ini mengalami proses kematangan maka ianya akan di pecahkan dan ianya akan terpecah kepada dua jenis bahagian iatu iron dan bilirubin.Kedua bahan ini akan terhasil di hati kerana sel darah merah ini juga di lisiskan di hati.Akhirnya ianya akan di singkirkan melalui urine.
6. Bahan yang di serap melalui proses pencernaan ini juga akan bertindak sebagai pengganti kepada bahagian tubuh yang mengalami kerosakkan dan kecederaan.Contoh yang paling mudah, bahagian yang mengakami kecederaan dan menyebabkan kerosakkan tisu, bahan dalaman darah dan yang ada pada tisu kulit akan memankan peranan.Mudah di fahami berdasarkan carta alir di bawah.
(1)Kecederaan dan berlaku pendarahan

(2)Darah akan beku secara serta merta dengan bantuan platlet yang terdapat di dalam darah

(3)Inflamasi awal berlaku dimana terdapat hiperaemia senderhana dan polymorph

(4)Aktiviti makrofaj akan membentuk perkembangan dan pembesaran epithelium

(5)Luka akan menjadi kurang ketat dan penutupan epithelium yang lengkap.

Proses- proses ini akan berlaku dengan kehadiran protein dan factor pembeku yang ada pada tisu kulit.Segalanya berasaskan protein yang di ambil melalui det yang diambil oleh seseorang.
Sekiranya seseorang mengambil makanan dari sumber yang haram dan mengambil makanan yang haram, sudah tentu zat yang akan di serap adalah zat yang haram dan zat tersebut pula akan di cernakan dan di gunakan oleh sel dan bukankah ianya sudah membentuk ‘institusi’ yang bersumber haram.Sel yang haram akan membentuk tisu yang haram, tisu yang haram akan membentuk organ yang haram, organ yang haram akan membentuk tubuh yang haram.Adakah sumber makanan yang diambil itu, zatnya specific kepada organ tertentu? Sidah pasti tidak jawapannya.Ianya akan tersebar sehinggalah kedalam darah kita.Wahai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, berfikirlah dengan menggunakan akal yang waras.Ingatlah kutukan yang di berikan olah Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 175 :

mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

0 comments:

Post a Comment

NOTIS!!!

PADA MINGGU HADAPAN SATU ARTIKEL PERUBATAN AKAN DI KELUARKAN IATU MENGENAI SIHIR DAN PERAWATN SECARA ISLAM DAN PANDANGANNYA DARI SUDUT PSYCHIATRIC.....nantikan bersama.........

Ana Akhukum Fillah

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Cinta Ilmu Balasnya Syurga, Cinta Allah Balasnya Pahala, Cinta Rasul Balasnya Syfaat, Cinta Manusia...... Cinta Ibu Bapa Balasnya Bahagia,

Tazkirah

Hati adalah gumpalan daging yang tidak di ketahui hakikatnya...tapi ia adalah tempat berputiknya kasih di lembah ukhwah, berbunganya sayang, berbaja prihatin, Berbuahnya kebaikkan dan kerinduan. Di petik dengan utusan sms...sebagai pengubatnya.....Rawatlah dengan tablet iman jika sakit, antibiotik muhasabah jika di infeksi bacteria hasad dan virus kejahatan jika di hydrasi berikan infusion dinn, jika di cemari lakukan irrigation dengan salaine taubat.....