QASIDAH BUAT MUHAMMAD S.A.W

Muhammad Peribadi Agung Sebenar

Muhammad S.A.W merupakan satu nama besar yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia kini. Walupun telah 1400 tahun pemergian baginda menghadap Rabbul Jalalah, namanya, sunnahnya terus menjadi amalan dan pujian ummah sedunia, tidak kiralah samada ianya seorang muslim atau bukan muslim. Apakah kita sebagai seorang muslim tidak mahu mengenali pemikiran sarjana barat dan orientalis mengenai insan kamil, Muhammad S.A.W ini? Melalui penulisan ini, ingin sekali penulis membawa pembaca sekalian sama-sama menilai betapa agungnya leluhur baginda nabi.
1.Encyclopedia Britanica; “Muhammad adalah personaliti agama dan rasul yang paling berjaya dalam sejarah manusia”
2.Lamartine, Histore de la Turquie, Paris, 1854, Vol 11 halaman 276-2727 : “ Pengasa kepada empayar yang begitu liuas dari sebuah empayar kerohanian, itulah Muhammad. Memenuhi ciri-ciri kehebatan seorang manusia seperti yang kita semua mahukan, dan kita munhgkin boleh bertanya, wujudkah seorang manusia lain yang lebih hebat daripada dirinya?
3.George Bernand Shaw : “ Kalau ada seorang lelaki sepertri Muhammad yang bleh menggunakan kuasanya kepada dunia moden ini, pasti segala masalah akan dapat di selesaikan seterusnya membawa keamanan dan kegembiraan seperti yang di impikan.
4.Michael H.Hart, The 100 : Ranking of The Most Influential Persons In History, New York:1978 halaman 33 : Tindakkan saya memilih Muhammad sebagai pendahulu individu-individu yang paling berpengaruh di dunia ini mungkin mengejutkan sebahagian pembaca dan mungkin di persoalkan oleh sebahagian yang lain, tetapi memang ternyata bahawa daialah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya dari segi agama dan sekular .
5.George Bernand Shaw, The Genuine Islam, Vol 1, No 81936 : Saya telah mengkaji tentang dirinya- manusia yang hebat itu- dan pada pandangan saya selain bukan sekali-kali anti kristian. Muhammad juga perlu di beri gelaran sebagai penyelamat kemanusiaan. Saya meramalkan agama yang di bawa oleh Muhammad akan di terima oleh masyarakat eropah kerana ternyata ia telah di terima pada hari ini.
6.John Austin, Muhammad The Prophet Of Allah, dalam T.P.’s and Cassel Weekly, 24 september 1927 : Dalam tempoh lebih setahun sahaja, dia telah menjadi pemimpin rohani, ketua negara di Madinah dan tangannya itu telah menggoncang dunia.
7.John William Drapper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe,London 1857, Vol 1, halaman 329-330: Empat tahun selepaskematian Justanian pada 569 masihi, telah lahir di Mekah adalam masyarakat arab seorang lelaki yang paling berpengaruh kepada seluruh ummat manusia.....Muhammad...
8.Profesor Jules Masserman: Manusia seperti Pastuer dan Salk adalam pemimpin dalam satu kategori, Manusia seperti Gandhi dan Confucious, dalam kategori yang lain, manakala Alexander, Caeser dan Hitler mempunyai ciri kedua kumpulan tadi. Jesus dan Buddha pula dalam pemimpin satu kumpulan lain. Tetapi pemimpin yabg paling ulung dalam sejarah manusia adalah Muhammad, yang memiliki kesemua ciri dan fungsi tadi. Musa berada tahap yang di bawah sedikit dari Muhammad.
Lihatlah betapa agungnya leluhur yang di bawa oleh baginda nabi sehinggakan orang bukan islam menjadikan baginda sebagai contoh tauladan yang utama. Bagaimana pula dengan kita selaku ummahnya?

0 comments:

Post a Comment

NOTIS!!!

PADA MINGGU HADAPAN SATU ARTIKEL PERUBATAN AKAN DI KELUARKAN IATU MENGENAI SIHIR DAN PERAWATN SECARA ISLAM DAN PANDANGANNYA DARI SUDUT PSYCHIATRIC.....nantikan bersama.........

Ana Akhukum Fillah

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Cinta Ilmu Balasnya Syurga, Cinta Allah Balasnya Pahala, Cinta Rasul Balasnya Syfaat, Cinta Manusia...... Cinta Ibu Bapa Balasnya Bahagia,

Tazkirah

Hati adalah gumpalan daging yang tidak di ketahui hakikatnya...tapi ia adalah tempat berputiknya kasih di lembah ukhwah, berbunganya sayang, berbaja prihatin, Berbuahnya kebaikkan dan kerinduan. Di petik dengan utusan sms...sebagai pengubatnya.....Rawatlah dengan tablet iman jika sakit, antibiotik muhasabah jika di infeksi bacteria hasad dan virus kejahatan jika di hydrasi berikan infusion dinn, jika di cemari lakukan irrigation dengan salaine taubat.....